Sinopsis Hungga - Nur Afirah

By Nur Afirah - Monday, December 14, 2015

Hungga--kata kerja yang membawa makna berlari.


Manusia tidak dicipta untuk selamanya mengengsot dan merangkak.  Manusia dikurnia anggota atau tenaga untuk berlari.  Manusia itu juga sering meremehkan kemampuan tenaganya--hingga ada yang terlebih guna, tersalah guna atau tidak memanfaatkannya langsung.


Ke mana seseorang laju berlari, itulah pada akhir akan mengejarnya semula.

Kehidupan ibarat seseorang itu berada dalam ruang kosong.  Segala yang dilaungkan akan memantul kembali kepadanya.

Mengenali diri adalah jejantas mengenali segala sesuatu.


Terus berlari mengejar keinginan--bila sedang payah, kecewa, jedalah dahulu.  Nikmat Tuhan tiada kuota dan tidak akan pernah habis.  Jika mahu, Dia boleh berikan apa sahaja.


Hungga!





  • Share:

You Might Also Like

0 comments