KAU CERITA
Kau cerita tentang citra perpaduan sana sini
Sedang kau taksub dengan kelompok etnik sendiri
Menjadi isu polemik serta menggugat pembinaan jati diri
Sehingga hari ini
Kau cerita tentang kontrak sosial
Walhal bila bahasa kebangsaan diperdajal
Kau malah persoal
Belum cerita perihal konflik sosial
Mati akal terkial-kial
Entah ke mana integriti moral
Kau cerita tentang politik pula
Ruang berkiblatkan kaum dan agama
Ruang mengikat pemikiran rakyat akan idealisme kesatuan bangsa
Ruang menyemarakkan perpaduan, jati diri bangsa dan budaya
Kau mahu cerita tentang segalanya
Sedang kau berselindung di balik papan kekunci Cuma
Nur Afirah
0 comments