Langit Tidak Lagi Sama | Nur Afirah

By Nur Afirah - Tuesday, September 27, 2022

Pada ketika kita punya upaya untuk terbang ke langit rahsia, sayap seakan-akan telah terkunci.  Bahkan serpihan-serpihan yang jatuh menjadi bukti banyak lingkaran semakin merontok.  Terkenang ketika daya belum ada, tidak sabar-sabar menunggu–menantikan waktu.  


Rintangan menjengah saat ia tidak mempeduli hati-hati kecil dengan kemahuan-kemahuan (ya, sebut saja–tidak masuk akal).  Tatkala menghadapi halangan sebegini, kita mula menjadi luar biasa.  Satu watak tiba-tiba keluar yang tidak pernah menjelma selama ini.  Menunggu tiba hari esok dan seterusnya itu terlalu lama–bahkan bukan sebaik-baik perkara.  Kerana pada hari esok, masa sekarang telah disia-siakan.


Langit Tidak Lagi Sama–mengumpulkan lebih 70 tulisan untuk ditelusuri.  Jadilah bukan apa-apa, hidup saja dengan apa yang menempel–hari ini.



LANGIT TIDAK LAGI SAMA / NUR AFIRAH.

eISBN 978-629-97406-1-2

https://www.e-sentral.com/book/info/365736

https://www.lazada.com.my/shop/ceritanyafir/


  • Share:

You Might Also Like

0 comments